Skisofrenia katatonik ( Catatonic schizophrenia ): Manifestasi 1. catalepsy 2. waxy flexibility 3. echolalia 4. echopraxia
Intervensi kejururawatan
Dalam fasa stupor, pesakit mengalami kekurangan pengambilan nutrisi dan perlukan intervensi berikut.
1. Monitorkan cecair intravena untuk mengelak kekurangan cecair badan
2. Monitorkan TPN ( therapeutic parenteral nutrition ) untuk memberi protin dan lemak kepada pesakit
3. Berikan pemakanan melalui tiub nasogastrik untuk memenuhi keperluan nutrisi
4. Adakan terapi psikoterapi individual supaya pesakit faham tentang penyakitnya dan memberi kerjasama dalam pemakanannya.
5. Berikan makanan tambahan contoh Ensure untuk memenuhi keperluan nutrisi pesakit
6. Berikan Tab Multivitamin 1 setiap hari atas arahan doctor bagi mengelakkan komplikasi akibat dari kekurangan vitamin.
7. Galakkan ahli keluarga menemani beliau untuk mendapatkan sokongan supaya beliau dapat sembuh
8. Berikan makanan kegemaran pesakit supaya beliau rasa berselera
9. Berikan ubat Risperidone seperti yang diarahkan oleh doctor untuk mengurangkan tanda gejala skiskofrenia katatonik
10. Bantu doctor dalam prosedur terapi elektrokonvulsif bagi mengurangkan kesan dari penyakit ini
Pesakit juga mengalami kekurangan pengetahuan berkaitan jagaan di rumah dan perlukan intervensi ini.
Bagi pesakit:
1. Beritahu pesakit bahawa beliau perlu masuk ke wad psikiatri jika menunjukkan tanda gejalah skisofrenia katatonik sebab sukar bagi beliau untuk memberi kerjasama.
2. Libatkan pesakit dalam kumpulan sokongan untuk mendapatkan pengetahuan tambahan tentang penyakit ini, membelajari kemahiran menyesuaikan diri dengan penyakit ini, dapat galakkan dari segi rawatan lengkap dan mengalami kemasyarakatan dalam kumpulan ini.
3. Datang untuk rawatan susulan bagi mengelak relaps penyakit.
4. Beritahu pesakit untuk memberi perhatian kepada penampilan diri, pemakanan, riadah, tidur, tabiat positif, pengambilan ubat untuk meningkatan nilai diri.
Bagi keluarga / orang yang menjaga pesakit:
1. Menunjukkan empati terhadap pesakit dan menerima pesakit sebagai seorang individu bagi mengekalkan identity pesakit.
2. Beri peluang untuk pesakit membuat keputusan, bertanggungjawab ke atas sesuatu yang diamanahkan untuk meningkatkan lagi harga diri dan kepercayaan pada diri pesakit.
3. Galakan pesakit supaya melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti harian sejauh mana keadaannya mengizinkan seperti memasak dan kerja rumah supaya beliau rasa dirinya masih diperlukan dan perasaan puas hati akibat pencapaian.
4. Elak daripada komukiasi “ non verbal “ seperti memberi senyuman kepada orang ketiga dalam kehadiran pesakit kerana dikhuatiri salah tanggapan.
5. Elak labelkan pesakit “ gila “ kerana ini akan merangsangkan keadaannya yang kurang siuman, menurunkan harga diri dan meningkat stigma pada pesakit dan juga keluarganya.