Teori psikoanalitikal

Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yang dipelopori oleh Sigmund Freud. Dalam pandangannya tentang fitrah manusia, Freud mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang semulajadi (inborn drives). Berdasarkan kepada pandangan ini lahirlah konsep antirasionalisma dalam segala gerak-geri manusia. Fahaman ini berpendapat manusia tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya. Tingkahlaku manusia lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan (Animalistic instincts) dan desakan biologikal. Desakan yang paling utama adalah desakan mendapatkan kepuasan nafsu swadiri (self gratification). Desakan ini berlaku dalam diri seorang sama ada lelaki atau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asas naluri dan desakan yang jahat ini. Desakan-desakan kejahatan perlu dibendung dengan pengalaman-pengalaman dalam masyarakat. Dalam ertikata yang luas termasuklah juga kekeluargaan. Dengan demikian, maka diadakan ciri-ciri sosialiasi. Sekiranya sosialiasi ini tidak berlaku,maka individu akan berhadapan dengan ciri-ciri yang boleh merosakkan peraturan-peraturan dalam masyarakat sendiri. Apabila kesedaran ini berlaku, maka individu dianggapkan bilazim. Tenaga psike. Kefahaman tentang psikoanalisis memerlukan penilitian aspek tenaga psike yang meliputi konsep (1) Penentuan Psike dan (2) Tahap Bawah Sedar. Penentuan Psike. Konsep ini bermaksud bahawa semua tingkahlaku dan reaksi emosi manusia itu mempunyai sebab yang tertentu. Pada lazimnya berkait rapat antara hubungan sesama insan. Dalam ertikata lain, ada perkaitan antara tahap sedar dengan tahap tidak sedar, antara pemikiran yang rasional dengan tindakan atau gerakkan emosi yang sertamerta. Fahaman tenaga psike di dalam individu bermaksud desakan yang berasaskan kepada konsep libido. Konsep libido in lebih menyerupakan suatu desakan seksual sebagai tenaga hidup atau eros (tenaga kehidupan). Dalam pengertian yang lebih luas, libido merupakan desakan tenaga seksual kejantinaan yang luas dan tidak tertunpu hanya kepada maksud seks yang sempit, tetapi termasuk segala aspek kepuasan swadiri. Desakan yang kedua dalam tenaga psike adalah desakan aggresi atau thanatos (kehendak mati). Desakan-desakan ini merupakan desakan naluri yang semulajadi semenjak seseorang itu dilahirkan. Penentuan psike ini berkait dengan kenyataan yang dikatakan awal tadi bahawa manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya. Naluri desakan biologikal itu lebih kuat mempengaruhi tingkahlaku manusia. Psikoanalisis menyatakan bahawa ada tiga tahap kesedaran: (1) SEDAR (Concious) (2) PRASEDAR (Preconcious) (3) BAWAH SEDAR (Unconcious) Tahap sedar tergolong segala aspek tingkahlaku, tindakan, perasaan yang mana disedari oleh individu. Rasa sepi, suka, menulis tugasan, berlari, makan, minum dan sebagainya. Tahap Prasedar tergolong dari keadaan pemikiran yang berkaitan dengan perasaan, pemikiran kita yang boleh dipanggil secara swadiri supaya dapat dirasai kenyataannya dalam keadaan sedar. Sungguh pun pada asalnya perasaan, pemikiran itu tidak  merupakan sebahagaian dari tahap sedar tadi. Contoh, Pada masa tertentu, kita akan rasa lapar--boleh dipanggil secara swadiri dan tindakan selanjutnya adalah kehendak untuk makan. Contoh yang lain, panas, sejuk dapat difikirkan kekuatannya. Tahap panas, sejuk mempunyai tahap tertentu bagi diri seorang mengikut pengalaman masing-masing. Tahap Bawah Sedar merupakan peringkat yang paling penting dalam proses psikoanalisis. Peringkat bawah sedar inilah yang memainkan peranan dalam pembentukkan tingkahlaku seseorang itu selain dari desakan naluri yang semulajadi seperti tenaga psike. Tahap bawah sedar ini merupakan pemikiran perasaan yang mana seorang tidak dapat mengeluarkannya secara swadiri. Pada biasanya perasan pemikiran bawah sedar ini melalui proses repressi yang di sekat dari kenyataan. Keadaan ini berlaku oleh kerana individu itu biasanya beranggapan atau pun individu tidak dapat menerimanya sendiri, atau ia mempunyai satu persepsi bahawa masyarakat juga tidak dapat menerimanya. Dalam psikoanalisis, bahan bahan yang dimaksudkan dalam bawah sedar ini meliputi kata-kata tersasul; mimpi; fantasi atau khayalan seseorang individu. Kesemua ini merupakan satu manifestasi kepada galakan yang tersirat di dalam tahap bawah sedar individu. Konsep yang kaitannya dengan tahap kesedaran itu sangat rapat. Selain dari penghuraian tentang konsep kesedaran ini dan kesannya terhadap perkembangan personaliti, psikoanalisis juga telah membahagikan personaliti manusia itu kepada tiga struktur: 1) Id 2) Ego 3) Superego. Id diandaikan semua gejala yang neutral dalam pemikiran seorang individu. Dalam pandangan psikoanalisis, ciri id seseorang itu sudah wujud semasa ianya dilahirkan. Id dianggap sebagai satu elemen struktur yang semulajadi, satu elemen yang diwarisi, satu elemen yang sedia ada dalam diri manusia. Id merupakan satu gejala bawah sedar. Id merupakan satu tenaga yang primitif. Id tidak teratur, tidak rasional dan penuh dengan orientasi berkehendakkan kepuasan. Id merupakan sumber libido. Tujuan utama id adalah bagi mendapatkan kepuasan swadiri secara mendadak (immediate gratification). Itulah sebabnya id tidak mempunyai penyatuan dari segi maksud tidak teratur dan tidak bermoral. Sebagai satu daya tenaga yang begitu primitif, id merupakan penggerak psikologikal yang tidak payah dipelajari. Ego berbeza dengan id. Ego tidak wujud semasa kelahiran. Sebaliknya, ego berkembang secara berperingkat. Sebagai elemen pada tahap sedar, ego penuh dengan persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan. Perkembangan ego adalah melalui hubungan secara sosial dan identifikasinya dengan orang lain, objek di dalam alam sekelilingnya. Sebagai alat memperkukuhkan swadiri pada tahap sedar, ego memainkan satu fungsi yang penting dalam struktur tingkahlaku dan personaliti individu. Sebagai satu konsep terapan yang disedari, identifikasi memainkan peranan yang penting semasa mengubahkan haluan tenaga psike daripada id kepada ego. Antara fungsi ego adalah ego dapat bertindak terhadap acara yang mendatangkan kecemasan, biasanya konflik atau pertentangan antara id dengan super ego. Ego mempunyai dua cara untuk bertindak dalam keadaan kecemasaan. (1) Ego boleh menggunakan asas pengalaman serta kebolehan tenaga pemikiran yang nyata atau yang sebenar. Seterusnya, ego boleh bertindak terhadap tingkahlaku penyelesaian masalah berasaskan pengalaman dan sosialisasi. (2) Ego boleh menggunakan kaedah menentang, menolak, tipu-helah dengan memesongkan keadaan sebenar atau kebenaran. Apabila kaedah ini bergerak dan mengambilalih tingkahlaku, keadan ini ternyata sebagai mekanisma beladiri ego. Antara mekanisma beladiri adalah pendaman, rosotan, sublimasi. SUPER EGO. Super ego merupakan struktur yang ketiga dalam pemikiran tingkahlaku psikoanalisis. Super ego lebih menyerupai hati nurani atau 'conscience' seseorang individu. Super ego merupakan akar tunjang dari aspek peneguhan moral yang baik. Moral yang dipelajari,dikenal pasti daripada ibu dan bapa, mahupun masyarakat. Moral yang demikian dipelajari hasil daripada asuhan semasa seorang individu itu masih kecil peringkat umurnya dan berkembang dengan penerapan moral sebagai sebati  dengan hati nuraninya.Super ego mengawal ego dan id. Super ego bertindak seakan-akan seperti ibu bapa seorang individu, saling mengingatkan keadaan, suasana, peristiwa, persepsi, pemikiran, emosi, perasaan, sikap, tingkah laku. Disebalik super ego sentiasa wujud imej pengawalan. Sebagai contoh, lazimnya di kalangan orang Asia apabila hendak keluar dari rumah, secara otomatis terlintas bagi memakai kasut. Keadaan menanggalkan kasut sebelum memasuk ke dalam rumah kediaman juga menjadi kelaziman adat orang Asia. Terdapat lima peringkat perkembangan personaliti mengikut teori psikoanalisis. Peringkat tersebut adalah seperti berikut: 1. Peringkat oral. Kepuasan yang mula dirasai oleh  seorang bayi adalah keseronokan yang dikecapi di mulut. Peringkat ini bermula semenjak dilahirkan. Hampir semua objek dibawa ke mulut oleh seorang bayi. Mengikut fahaman psikoanalisis, keadaan ini menyebabkan keadaan lekatan sebagai mekanisma bela diri semasa dewasa yang boleh membawa kepada trait yang passif, optimis dan ingin mengetahui. 2. Peringkat anal. Pada tahun kedua, kanak-kanak mula berkembang dan berupaya mengasingkan fungsi pembuangan najis dari kehendak nalurinya yang semula jadi. Pada peringkat ini, kanak-kanak dilatih cara yang sesuai bagi melaksanakan kehendak pembuangan najisnya. Pelaksana psikoanalisis berpendapat bahawa latihan yang dilalui akan mempengaruhi sasiahnya apabila meningkat dewasa. 3. Peringkat falik. Mengikut pendapat psikoanalisis, pada peringkat ini, kanak-kanak mula berseronok dengan organ jantinanya. Peringkat ini juga merupakan permulaan berkembangnya kompleks oedipus dan kompleks elektra. Kompleks oedipus berlaku pada kanak-kanak lelaki apabila tanpa disedari ianya tertarik kepada ibunya. Kartasis penarikan ini juga berlaku terhadap kanak-kanak perempuan kepada bapanya, sealiran dengan kompleks elektra. Rasa tidak puas terhadap sama ada ibu oleh kanak-kanak perempuan dan terhadap bapa oleh kanak-kanak lelaki menyebabkan kanak-kanak mengikut serta mendapatkan perhatian kepada ibu atau bapanya. Peringkat paling kritikal ini akan menentukan kepesatan seksual yang berkembang dalam diri seorang individu. 4. Peringkat pendaman. Pada umur lima hingga dua belas tahun, kehendak seksual terpendam. Maka bermulalah gejala penyekatan seksual dalam diri individu. Walau bagaimanapun, peringkat ini juga penuh dengan suasana menguatkan sifat serta ciri kelakian atau pun kewanitaan. Peringkat ini juga penuh dengan keupayaan berkawan sesama rakan sama ada dari jantina lelaki atau pun wanita. 5. Peringkat genital. Sebaik sahaja kanak-kanak menghampiri akhir baligh, kehendak seksual diganti dengan struktur ego yang mengambil alih semula perkembangan diri. Pada masa ini, objek yang jitu dari segi perkembangan diri menjadi lumrah dengan kematangan yang berfungsi. Ego yang terbentuk dijaga dan dikembangkan secara pengalaman yang baru serta bermakna bagi diri individu. Individu mula dengan peranan sosialisasi, perlaksanaan aktiviti berkelompok, mula dengan penarikan interaksi seksual dan persedian perkahwinan, berkeluarga dan penetapan vokasional. Zaman kanak-kanak ditinggalkan dan bermula dengan peringkat kedewasaan.
Perkembangan psikologi
Definisi psikologi ialah sains yang ada kaitan dengan aspek mental dan kelakuan. Ciri ciri emosi dan kelakuan individu, kumpulan atau aktiviti. Tindakan atau pertengkaran / arguement yang tidak ketara untuk manipulasikan atau mempengaruhi orang lain. Cabang metaphysics ( manusia dan dunia ) yang mengkaji roh, minda dan hubungan kehidupan dan aspek minda kepada fungsi badan. Pendekatan neurobiologikal menggunakan life sciences / sains kehidupan tentang anatomy / fisikal, fisiologi / fungsi badan, biokimia dan sistem saraf untuk mengkaji kaitan di antara kelakuan dan pembelajaran. Bagaimana minda memberi kesan kepada badan atau sebaliknya. Pendekatan behavioural / kelakuan menerangkan tentang sesuatu kelakuan melalui pemerhatian, dan mempunyai kepercayaan bahawa persekitaran itu yang menyebabkan sesuatu kelakuan atau penyakit fisikal / mental. Pendekatan kognitif menggunakan kaedah saintifik untuk mengkaji kepercayaan, keinginan dan motivasi seseorang. Pendekatan psychoanalytical memahami aspek naluri, bisikan hati, manusia dalaman, masa kanak kanak. Psikologi boleh diaplikasikan ke penjagaan kejururawatan untuk membantu dalam kesihatan, membantu dalam penyembuhan, memahami emosi dan kelakuan pesakit, membantu beliau sembuh sepenuhnya dan cepat, membantu pesakit bedikari, mengubah fikiran dan kelakuan, mengaitkan fisikal kepada mental and menjalin hubungan baik. Faktor faktor yang mempengaruhi pembesaran dan perkembangan dalam utero dan selepas kelahiran bayi ialah genetic di mana setengah dari keseluruhan jumlah gene adalah dari bapa dan setengah dari emak.Nutrisi contoh vitamins B-6, B-12, folate, the essential amino acid membantu menyembuhkan depresi.

Definisi personaliti ialah apa yang dapat dilihat daripada seseorang individu. Teori teori perkembangan personality adalah trait teori iaitu teori yang menilai corak corak kelakuan,fikiran dan emosi yang biasa ditunjukkan. Teori pembelajaran social / social learning ada teori berkenaan membelajari kelakuan kelakuan orang lain yang mungkin akan mengubah kelakuan kendiri atau tidak. Teori psikoanalitikal adalah teori tentang fikiran dan motivasi yang ada di luar kesedaran seseorang yang mempengauhi kelakuan beliau. Jenis jenis personality  ialah introvert dan ekstrovert. Introvert ialah seorang yang suka bersendirian\ untuk memikir, menyoal fikiran sendiri dan perasaan. Terlalu ramai orang orang yang mengeliling beliau akan meletihkannya. Ekstrovert merasa bosan jika bersendirian. Seorang yang berfikir semasa bercakap. Peramah dan mesra. Lebih minati dunia luar, apa yang kelihatan.

Dementia

Definisi dementia adalah kemerosotan progresif pada fungsi kognitif.
de – mengasingkan
mens - minda
.
Etiologi
1. Penuaan lebih dari 60 tahun – kehadiran Lewy bodies iaitu struktur protin yang abnormal di dalam otak yang ada pada penyakit Alzheimer
2. Penyakit seperti CVA yang merosakan salur darah dan struktur saraf
3. Penyakit sementara – hidrosefalus yang mempunyai tekanan normal, tumor otak, keadaan tiroid, paras vitamin B12 yang rendah, infeksi
.
Manifestasi
1. Kehilangan memori yang progresif / agnosia (kesukaran mengenali sesuatu) / kesukaran belajar
2. Sukar memberi perhatian / kekeliruan yang teruk contoh disorientasi kepada masa, tempat dan orang, disorientasi antara ruang dan penglihatan dan tidak pandai menginterpretasikan clue
3. Sukar menyelesaikan masalah / gangguan menghakimi sesuatu situasi
4. Halusinasi
5. Perubahan persepsi, delusi
6. Perubahan personality contoh iritabiliti, kecenderungan kepada kemarahan, kebimbangan, kemurungan, pentingkan diri sahaja, flat affect / tidak ada perasaan, kelakuan / perasaan yang tidak sesuai, asingkan diri dari interaksi social, kurang minat kepada kebersihan diri dan ADL, lambat
7. Kerosakan fungsi motor contoh perubahan gaya jalan dan tidak sesuai, perubahan sensasi
8. Gangguan percakapan contoh tidak pandai membaca sekarang, tidak pandai mentafsirkan apa yang dikatakan, penggunaan perkataan yang salah, mengulangi perkataan itu sahaja
9. Masalah fisikal
- inkontinen
- disfagia
- insomnia / suka tidur

Delirium

Delirium adalah penyakit mental akut yang berlaku dalam masa beberapa jam hingga hari dan seseorang itu mengalami gangguan perhatian, persepsi dan kognisi.
.
Etiologi
1. Kecacatan otak contoh injuri otak, surgery, renjatan traumatic, CVA, tumor, hipertensi intrakranial
2. Masalah metabolisma dalam otak contoh demam, kekurangan makanan atau tidur, , hipoglisemia, dehidrasi, hipoksia
3. Keracunan contoh alcohol, anestetik, carbon monoxide, kesan sampingan Benzodiazepine, keracunan air minum
3. Stres
4. Infeksi contoh infeksi trek urinary
.
Manifestasi klinikal
1. Gangguan perhatian akan menyebabkan gangguan memori
2. Percakapannya adalah tidak bermakna.
3. Gangguan kebolehan untuk melakukan kerja kreatif tetapi masih dapat melakukan ADL
4. Gangguan kesedaran dan afek
4.1 Respon kepada ransangan tetapi tidak dapat berfikir contoh respon apabila dipanggil tetapi tidak mempunyai fikiran yang jelas dan bermakna / coherent.
4.2 Tidak pandai menyelesaikan masalah
4.3 Pesakit mengalami halusinasi, kepercayaan yang aneh, emosi berubah dengan cepat contoh dari gembira hingga sedih
4.4 Disorientasi masa, tempat dan orang yang dekat dengan beliau.

Depression

Definisi kemurungan adalah satu daripada gangguan afektif / perasaan di mana ciri-ciri yang ketara ialah sedih dan darjah kesedihannya boleh bertambah teruk.
.
Etiologi
1. Faktor biological – kekurangan monoamine transmitters dalam otak
2. Faktor genetic – masalah bipolar ( sedih / gembira ) pada ibu / bapa
3. Pengaruh persekitaran – tinggal di tempat yang berperang
4. Kejadian semasa zaman kanak-kanak – diabaikan oleh ibubapa
5. Masa perkembangan – membentuk personaliti yang tidak cergas, kelihatan sedih dan lebih suka berbincang tentang hidup yang tidak ada makna.
.
Manifestasi klinikal depression
A. Perasaan
1. Pemikirannya tertumpu pada hal dirinya sendiri dan kesusahannya
2. Menyalahkan dirinya sendiri
3. Membesarkan perkara yang kecil
4. Sukar berfikir
5. Sukar menumpu perhatian
6. Sukar memberi pendapat, menerima maklumat dan membuat keputusan
7. Kesukaran untuk meluahkan sepenuhnya dari segi kualiti dan tekanan kesengsaraannya itu
8. Mengadu kurang sihat contoh dispepsia
9. Kadang kadang tidak sedar akan perasaan sedih dan dejection
.
B. Fisikal
1. Pergerakkan terbantut dan perlahan
2. Langkahnya Nampak berat, pergerakan badan kurang
3. Air muka kelihatan dalam tekanan dan kesusahan
4. Kemarahannya mungkin timbul, gelisah, memulas mulas tangannya, menjadi bingung
5. Cara pertuturan adalah berbeza dari membisu ke mulat murai
6. Hilang minat dalam apa yang dia pernah minati
7. Kebersihan diri tidak terurus
8. Diural variasi iaitu mengadu perasaan teruk pada masa tertentu contoh pagi
8. Gangguan tidur, bangun awal pagi, sukar tidur
9. Derealization / persekitaran berbeza dan depersonalization / dirinya berubah
10. Hypochondriasis – delusi tentang mempunyai penyakit
11. Gangguan persepsi – halusinasi, ilusi

Perkembangan perkhidmatan kesihatan mental di Malaysia

Perkembangan perkhidmatan psikiatri
Dahulu
.1829 - 1830 lunatic asylum pertama di Pulau Pinang
.1862 di Singapura
.1911 hospital mental pertama di Tanjung Rambutan
.1933 hospital mental kedua dan lebih besar di Tampoi Johor
.selepas ini, kebanyakan hospital umum dan daerah mempunyai unti psikiatrik atau wad
.1920 hospital psikiatrik dibina di Sabah dan Sarawak
.
Sekarang
.lebih banyak pakar psikiatrik dan staff dilatih dalam psikiatri
.lebih banyak fasiliti
.ubat yang lebih spesifik dan lebih berkesan untuk gangguan mental yang berbagai
.nama hospital ditukar untuk mengelak stigma / takut seperti Hospital Bahagian di Ulu Kinta Perak, Hospital Permai di Johor, Hospital Bukit Padang di Sabah dan Hospital Sentosa di Kuching Sarawak.
.lebih banyak fasiliti untuk klien
.mengembangkan lebih perkhidmatan psikiatrik di masyarakat iaitu perkhidmatan pesakit luar, unit kaunseling, klinik psikiatrik masyarakat, rujukan, rawatan dan rawatan susulan, program rehabilitasi dan liaison / kerjasama
Masa depan
.memperolehi lebih banyak pakar psikiatrik
.latihkan lebih banyak staf dalam psikiatri

Konsep kesihatan mental

Definisi kesihatan mental
Kesihatan mental ialah
-kebolehan menyelesaikan masalah
-memenuhi kebolehan seseorang untuk menyayang dan bekerja
-menyesuaikan diri dengan krisis
-mengekalkan tahap sihat / well being
.
Perbandingan diantara kesihatan mental dan penyakit mental
Kesihatan mental
-menerima diri dan orang lain
-optimis
-boleh menunggu masa untuk memuaskan diri
.
Penyakit mental
-tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa
-pesimis
-mesti memuaskan diri secara serta-merta
.
Faktor-faktor menpengaruhi kesihatan mental
-kemahiran berkomunikasi dengan orang lain
-mengawal emosi
-dapat mempertahankan diri sendiri
-boleh menyelesaikan konflik mental
.
Mengekalkan kesihatan mental
-dapat mengawal kehidupan diri secara bebas
-dapat hidup sihat
-mengekalkan fikiran positif
-praktikan membuat penetapan yang bijak
-dapat membina hubungan yang baik
-dapat menerima kritikan